Sejarah Sekolah

Ketika ditubuhkan pada 1 Januari 1986 dan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Khir Johari, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Bakar Arang (SMBA), Sungai Petani. Ketika itu, sekolah ini mempunyai 9 orang tenaga pengajar , seorang staf sokongan dan 5 bilik darjah sahaja.

Lima tahun kemudian (1991), sekolah ini berpindah ke tapak baru Taman Delima, kira-kira 6 kilometer dari sekolah yang lama. Bangunan baru ini mempunyai 2 blok dengan 24 bilik darjah, 3 makmal, sebuah bilik guru, pejabat, sebuah perpustakaan dan sebuah surau yang terletak dalam kawasan seluas 19.36 ekar.

Nama SMKBA kemudian ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Isnail pada 1996 daripada ilham Encik Mohd Yunas Bin Mohammad, pengetua Sekolah Menengah Bakar ArangĀ  untuk memberi senario baru kepada guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat.

Pada tahun 1999, SMKTI mendapat satu blok baru dikenali sebagai blok C yang terdiri daripada 15 bilik darjah. Dua tahu kemudian, sebuah makmal komputer telah dibina bersebelahan bengkel Kemahiran Hidup.

Kini SMKTI berwajah baru dengan tambahan blok MPV dan mewujudkan kelas tingkatan enam serta kelas pendidikan khas. Pertambahan staf akademik dan staf sokongan seiring dengan pertambahan pelajar.